Tawaran Biasiswa SEARCA (Master (MS) Dan Kedoktoran (PhD))

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Serantau Southeast Asian Regional Center for Graduate Study and Research in Agriculture (SEAMEO SEARCA) yang berpusat di Filipina telah membuka tawaran biasiswa peringkat pengajian Master (MS) dan Kedoktoran (Ph.D) untuk sesiapa yang berminat melanjutkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Tawaran pengajian di peringkat Master (MS) dan Kedoktoran (Ph.D) adalah bagi bidang pertanian dan bidang lain yang berkaitan (e.g.: sains biologi, perikanan, sains persekitaran, statistik, perhutanan dan sains sosial). Biasiswa SEARCA yang ditawarkan merangkumi yuran pengajian, elaun perjalanan, elaun tesis / disertasi, elaun buku dan bekalan, insuran kesihatan, serta  elaun makanan, elaun penginapan dan perbelanjaan sampingan.

Tarikh tutup tawaran ini adalah pada 31 Julai 2020. 

Bersama-sama ini disertakan salinan poster bagi tawaran ini. (Boleh dimuat turun di sini.)

Sila layari https://www.searca.org/scholarship untuk maklumat lanjut.

 

  • Hits: 9829

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 29 September 2020, 14:07.