ASEAN Youth Convergence Forum (AYCF) 2020

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,

HEBAHAN: ASEAN YOUTH CONVERGENCE FORUM (AYCF) 2020, 5-7 MARCH 2020, LIMA PARK HOTEL, LIMA COMMERCIAL ESTATE, BATANGAS, PHILIPPINES

Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia (ASEAN-Malaysia National Secretariat – AMNS), Kementerian Luar Negeri (KLN) telah memanjangkan satu jemputan ke program ASEAN Youth Convergence Forum (AYCF) 2020 yang akan berlangsung pada 5 hingga 7 Mac 2020 di Lima Park Hotel, Lima Commercial Estate, Malvar, Batangas, Philippines.

3.         Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan, AYCF merupakan sebuah program persendirian yang dianjurkan oleh First Asia Institute and Humanities (FAITH) Colleges secara tahunan dan mendapat sokongan penuh dari Sekretariat ASEAN. Program ini antara lain bertujuan untuk (i) meningkatkan hubungan antara individu terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah peringkat menengah dan para guru dari negara-negara ASEAN serta (ii) meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan regional grouping dalam kalangan pelajar sekolah peringkat menengah dari negara-negara ASEAN.

4.         Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan jua, setiap delegasi yang berminat untuk menyertai program ini haruslah terdiri daripada dua (2) orang pelajar sekolah peringkat menengah dan seorang (1) guru pengiring. Pihak penganjur AYCF 2020 akan menanggung separuh daripada pakej program yang meliputi yuran pendaftaran, penginapan, makan/ minum dan lawatan pendidikan bagi satu (1) delegasi, manakala perbelanjaan bagi tiket penerbangan dan lain-lain perbelanjaan adalah dibawah tanggungan masing-masing. Dalam pada itu, turut dipanjangkan bersama-sama e-mel ini adalah dokumen-dokumen berkaitan (termasuk butiran program dan borang pendaftaran) untuk rujukan dan perhatian pihak YBhg. Datuk/Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan jua. Video pendek berhubung program ini boleh didapati di pautan https://drive.google.com/drive/folders/1PyqETPUXwx4lABZqTQy74UijGWMpGHgS?usp=sharing. Adalah dimaklumkan jua bahawa tarikh tutup bagi pendaftaran AYCF 2020 adalah pada pertengahan Februari 2020.

5.         Sehubungan dengan itu, segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan dalam menyebar luas perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

Bahagian Hubungan Antarabangsa

Kementerian Pendidikan Malaysia

  • Hits: 550
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 27 Januari 2020, 23:59.