Anugerah Princess Maha Chakri (APMC) Tahun 2021

Anugerah Princess Maha Chakri (APMC) Tahun 2021 adalah anugerah peringkat antarabangsa yang diberikan oleh Kerajaan Thailand kepada guru sekolah dari negara anggota SEAMEO yang berdedikasi dan menunjukkan pencapaian istimewa dalam bidang keguruan.

Kementerian Pendidikan Malaysia dengan ini mempelawa Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (KPM) yang berkelayakan dan menepati kriteria seperti yang dihuraikan dalam Panduan Pencalonan Anugerah Princess Maha Chakri Tahun 2021 (Lampiran A). Seorang guru akan dipilih untuk mewakili Malaysia untuk menerima APMC Tahun 2021.

Semua pencalonan adalah melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Bahagian KPM masing-masing. JPN dan Bahagian KPM perlu mengemuka borang pencalonan (Lampiran B) yang lengkap kepada Urus Setia Pemilihan Calon APMC 2021:

Jemaah Nazir
Aras 3-5, Blok E 15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
(u.p.: Sektor Penaziran Institusi Pendidikan)

Tarikh tutup permohonan : Isnin, 30 November 2020

Muat Turun

  pdf Surat Pencalonan Anugerah Princess Maha Chakri Tahun 2021 (699 KB)

  document Lampiran A: Panduan Pencalonan Anugerah Princess Maha Chakri Tahun 2021 (49 KB)

  document Lampiran B: Borang Pencalonan Anugerah Princess Maha Chakri Tahun 2021 (54 KB)

  • Hits: 10374

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 08 Jun 2023, 15:53.