Penajaan Biasiswa JICA Knowledge Co-Creation Program For Long Term Participants – SDGs Global Leader (JFY2020)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

 

PENAJAAN BIASISWA JICA KNOWLEDGE CO-CREATION PROGRAM FOR LONG TERM PARTICIPANTS – SDGS GLOBAL LEADER (JFY2020) 

 

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan penajaan biasiswa kepada pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi peringkat pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) di Jepun di bawah program SDGs Global Leader (JFY2020). Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal JPA di http://esilav2.jpa.gov.my. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak sebanyaktiga (3) salinan dengan disertakan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut: 

                                 i.            Borang JPA(L)LDP 1A/96 (Lampiran B - disediakan oleh BPSM, KPM);

                               ii.            Borang JPA(L)LDP 1B/96 [Pin. 2010] (diisi oleh pemohon);

                              iii.            Borang Perakuan Ketua Jabatan (Lampiran C);

                              iv.            JICA Application Form (diisi dalam Bahasa Inggeris);

-       Official Application (Kosongkan ruangan ‘Confirmation by the organization in charge (if necessary)

-       Part A: Information on the Applying Organization.

-       Part B: Information about the Nominee (lengkap dengan gambar berukuran 4cm x 3 cm)

-       Declaration of desired University placement.

-       Research and Career Plan.

                               v.            Salinan Ijazah (dalam Bahasa Inggeris);

                              vi.            Salinan Pasport;

                            vii.            Salinan Kad Pengenalan; dan

                           viii.            Salinan pencapaian TOEFL/IELTS/CEFRL (sekiranya ada).

 3.        Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 27 Ogos 2019 (Selasa) pukul 5.00 petang kepada:

Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru

 

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan

Cawangan Latihan dan Kompetensi

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 4, Blok E12, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

u.p.: Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham/Noor Azimah binti Bajuri

     

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

 

Bahagian Profesionalisme Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 2, Blok E13, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

u.p.: Cik Aziela Binti Shaarani

4.       Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, sila hubungi pegawai berikut:

Nama             :           Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham

No. Tel.          :           03-88721514

E-mel              :           Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Nama             :           Puan Noor Azimah binti Bajuri

No. Tel.          :           03-88847944

E-mel              :           Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Nama             :           Cik Aziela Binti Shaarani

No. Tel.          :           03-8884 1237

E-mel              :           Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

1 Surat Edaran JPA Muat Turun
2 Maklumat Am Program (SDGS Global Leader) Muat Turun
3 Recommended Universities 2020 Muat Turun
4 JICA Application Form (SDGS Global Leader) Muat Turun
5 LAMPIRAN C - Borang Perakuan Ketua Jabatan Muat Turun

 

 

  • Hits: 6423
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 23 September 2019, 11:46.