Perlanjutan Tarikh Akhir Penyertaan Program Sekolah Lestari. Anugerah Alam Sekitar Sesi 2018/2019

Adalah dimaklumkan Mesyuarat Teknikal SLAAS Bil 2/2019 Program Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2018/2019 telah diadakan  pada 18 April 2019 bertempat di ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar,Putrajaya.Ketetapan daripada Mesyuarat tersebut, adalah untuk melanjutkan tarikh tutup penyertaan SLAAS Sesi 2018/2019 daripada 30 April 2019 (Selasa) kepada 15 Mei 2019 (Rabu). Hal ini bertujuan bagi memberi ruang kepada sekolah-sekolah untuk menyediakan dokumen yang lengkap yang mencakupi komponen pengurusan, penghijauan, kokurikulum dan kurikulum serta video berdurasi tidak melebihi 5 minit.

Borang penyertaan, syarat-syarat penyertaan dan dokumen berkaitan SLAAS boleh didapati di Portal jabatan ALam Sekitar . www.doe.gov.my

Perhatian dan kerjasama tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

Sekian.

  • Hits: 1027
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 24 Ogos 2019, 08:12.