Hebahan : Senarai Nama Peminjam Gagal Bayar Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) KPM (Pendidikan Tinggi)

Dimaklumkan bahawa senarai yang dilampirkan ini merupakan Senarai Nama Peminjam Gagal Bayar Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) KPM (Pendidikan Tinggi) yang mengikuti sesi pengajian tahun 1988 sehingga 2012 peringkat sijil di Politeknik dan Kolej Komuniti.

Sehubungan itu, dipohon kepada penama yang dilampirkan untuk menghubungi Bahagian Biasiswa & Pembiayaan, KPM (Pendidikan Tinggi) dengan kadar segera bagi tujuan pembayaran balik TPP melalui maklumat perhubungan seperti berikut:

Bahagian Biasiswa & Pembiayaan Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)

Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1 63000 CYBERJAYA.

(u.p.: Unit Akaun (Terimaan), BBP)

Talian hotline: 03-8888 6787 (Putrajaya) / 03-8321 7100 (Cyberjaya)

Faks: 03-8870 6839 (Putrajaya) / 03-8321 7101 (Cyberjaya)

E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sekiranya terdapat kesilapan maklumat pada senarai tersebut, dipohon untuk menghubungi KPM (Pendidikan Tinggi) melalui maklumat perhubungan seperti di atas bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil.

Maklumat lanjut berhubung kaedah bayaran dan semakan penyata boleh disemak melalui pautan berikut: https://biasiswa.moe.gov.my

  1. Hebahan Senarai Nama Peminjam Gagal Bayar Tabung Pinjaman Pelajaran
  2. Senarai Nama Peminjam (mengikut sesi pengajian) :
    1. Tahun 1988 – 1989
    2. Tahun 1990 – 1999
    3. Tahun 2000 – 2005
    4. Januari (2006 – 2012)
    5. Julai (2005 – 2012)

Sekian untuk perhatian semua. Terima kasih.

Bahagian Biasiswa & Pembiayaan

Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)

11 April 2019

  • Hits: 7773
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 23 Ogos 2019, 17:49.