Singapore Performing Arts Festival (SPAF) - Drama 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama MS Works Pte. Ltd. dan StageCraft PLT akan menganjurkan Singapore Performing Arts Festival (SPAF) - Drama bagi tahun 2019. Festival ini akan diadakan bermula 26 Julai hingga 2 Ogos 2019 bertempat di LASALLE College of the Arts, Singapura. 

Sehubungan dengan itu, murid-murid dan guru-guru dijemput untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang akan dipertandingkan dalam festival tersebut. Singapore Performing Arts Festival (SPAF) – Drama 2019 memberi peluang kepada murid-murid untuk bersaing pada peringkat serantau di samping menyerlahkan bakat dan kemahiran bahasa Inggeris mereka dalam pelbagai bidang. KPM amat menggalakkan penyertaan murid dan guru dalam program tersebut di mana setiap penyertaan dan pencapaian murid dalam program ini akan menyumbang kepada markah kokurikulum berdasarkan tahap penyertaan dan pencapaian mereka.

HTTPS://MSWORKS.SG/131

SPAF Drama 2019 Poster MY 888

  • Hits: 2077
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 24 Ogos 2019, 08:12.