Pencalonan 30 Karya Terpilih Guru Malaysia bagi tahun 2019/2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) melalui Urusetia Tetap MBKM merupakan sebuah badan perbukuan professional yang berperanan untuk mengangkat karya dan perbukuan negara ke peringkat yang lebih tinggi. Karya dan perbukuan tersebut merupakan aset negara yang menyumbang kepada kemajuan dan ideologi serta mampu membentuk Malaysia sebagai negara maju dan berdaya saing.

Karya yang dihasilkan oleh guru-guru Kementerian Pendidikan Malaysia juga merupakan salah satu aset kementerian bagi melahirkan warga pendidik yang kreatif, berinovatif dan membudayakan pembelajaran sepanjang hayat selari dengan anjakan ke-empat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Sehubungan itu, guru-guru Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah menerbitkan karya adalah dipelawa mencalonkan karya untuk dipilih sebagai 30 Karya Terpilih Guru Malaysia bagi tahun 2019/2020 di pautan:

https://mbkm.my/pendaftaran-30-karya-terpilih-guru-malaysia/

Karya yang dicalonkan akan dinilai oleh panel juri yang dilantik oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.

Sokongan dan perhatian tuan/puan berhubung perkara di atas didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

 

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia

  • Hits: 1793

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 30 Oktober 2020, 16:05.