Iklan Kekosongan Jawatan Terbuka Di Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera,

 YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/ Puan,

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TERBUKA DI JABATAN PENDIDIKAN TINGGI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia ingin mempelawa calon-calon daripada Warganegara Malaysia yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan/ Perkhidmatan Awam Negeri/ Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia seperti berikut :

Bil.

Bahagian

Jawatan / Gred

Bilangan kekosongan

1.

Bahagian Sitasi dan Infometrik

Pengarah Gred 54 (Terbuka)

1

2

Bahagian Kecemerlangan Akademik

Ketua Penolong Pengarah Kanan Gred 52 (Terbuka)

1

3.

Bahagian Education Malaysia

Ketua Penolong Pengarah Kanan Gred 52 (Terbuka)

2

4.

Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat

Penolong Pengarah Kanan Gred 44 (Terbuka)

1


3.         Sehubungan itu, Bahagian ini mempelawa pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 hingga Gred 54 yang berminat dan berkelayakan bagi mengemukakan permohonan untuk disaring dan ditemuduga sebelum dilantik mengisi kekosongan jawatan tersebut. Iklan kekosongan, borang permohonan dan senarai tugas jawatan berkenaan boleh diperolehi di pautan https://drive.google.com/open?id=11GySUr1_N4qzERzS4VFm5b9yP5f8I2aq.

4.         Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 25 Mac 2020. Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung terus dengan  Puan Noorzuliyana binti Yusuff  (03-88706408) emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Puan Nurdahliya Haszwani binti Mohd Razali (03-88706412) emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. di Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

5.         Sehubungan itu, dipohon kerjasama pihak YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/ Puan untuk membuat hebahan berhubung perkara ini.

Perhatian dan kerjasama YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/ Puan berhubung perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

 

SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 9, NO.2, MENARA 2
JALAN P5/6, PRESINT 5
62200 PUTRAJAYA
NO. TEL: 03-88706412

Permohonan & Semakan Dibuka

  • Hits: 5876
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 06 April 2020, 07:31.