Iklan Jawatan Kosong Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Didik Negara Kementerian Pendidikan Malaysia

 YDN
 
 
YAYASAN DIDIK NEGARA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
 
IKLAN JAWATAN KOSONG
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
 
 
Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti berikut:
 

1.   Jawatan      

:

Ketua Pegawai Eksekutif (KPE)

2.    Badan Berkanun/
Agensi
 

:

Yayasan Didik Negara (YDN)
Kementerian Pendidikan Malaysia

3.    Taraf Jawatan/ Tempo

:

Kontrak/ 3 tahun

4.    Gaji Bulanan

:

RM16,000.00

5.    Elaun dan Kemudahan (termasuk KWSP dan PERKESO)

:

RM5,989.05

6.    Syarat Umum

:

  1. Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  2. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan;
  3. Bebas daripada rekod jenayah; dan
  4. Mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit berpanjangan

7.    Keutamaan Calon Yang Diberi Pertimbangan

:

  1. Berpengalaman dalam bidang pengurusan/ kewangan/ pemasaran sekurang-kurangnya 10 tahun;
  2. Mempunyai perancangan dan hala tuju yang jelas dalam menjadikan YDN sebagai agensi yang cemerlang dalam memartabatkan pendidikan yang berkualiti tinggi;
  3. Mempunyai daya kreativiti dan inovatif dalam merencanakan program-program YDN untuk meneroka peluang baharu dalam penjanaan dan pengagihan dana yang efisien dan sistematik;
  4. Berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris; dan
  5. Berperwatakan menarik, mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik serta mempunyai integriti yang tinggi.

8.    Fungsi / Bidang Tugas

:

Mengetuai pembangunan dan pelaksanaan strategik YDN untuk menjadi pelengkap dalam memperkasa pendidikan bagi melahirkan generasi yang memenuhi aspirasi pendidikan negara serta berupaya bersaing di peringkat global, memaksimumkan pencapaian Key Performance Indicator yang ditetapkan oleh Lembaga Pemegang Amanah dalam aspek kutipan serta agihan dana kepada kumpulan sasar, dan menjalin hubungan kerjasama dengan pelbagai pihak yang berkepentingan dan pemegang taruh.

9.    Cuti Tahunan

:

24 hari setahun

10. Perubatan

:

Rawatan doktor panel bagi diri, suami/isteri (rawatan luar negara tidak ditanggung) dan rawatan pakar di atas perakuan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDN atau mengikut polisi insurans yang dtelah ditetapkan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDN.

11. Kenderaan Rasmi

:

Kenderaan Rasmi Yayasan

12. Tarikh Tutup Permohonan

:

 29 Julai 2021

 
CARA MEMOHON:
 
Calon yang berminat untuk memohon perlu mengisi borang permohonan seperti di lampiran berserta dengan salinan resume yang terkini, salinan sijil akademik tertinggi dan lain-lain dokumen yang berkaitan. Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan melalui pos/serahan tangan atau diemelkan kepada:
 
Urusetia Yayasan Didik Negara
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 5, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Bukan Guru, Cawangan Perkhidmatan)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
TEMUDUGA
Hanya pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang panggilan ke temuduga dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh tutup iklan. Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.
 
KEPUTUSAN
Keputusan temuduga hanya akan dimaklumkan kepada pemohon yang berjaya sahaja. Keputusan pelantikan secara rasmi akan dimaklumkan setelah mendapat perakuan pelantikan daripada Lembaga Pemegang Amanah YDN.
 
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan menghubungi pegawai berikut:
 
  • Encik Mohd Nazri bin Dollah / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / 03-8884 7857; dan
  • Puan Rosmilisa binti Isa / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / 03-8884 7897

Muat Turun Borang Iklan Jawatan Kosong pdf di sini (310 KB)

 
  • Hits: 7641

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 19 September 2021, 10:13.