[Terkini] Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia Tindakan Menangani Jerebu Di Sekolah (27 September 2015)

LOGO KPM 2013 BM 01 xxs

KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TINDAKAN MENANGANI JEREBU DI SEKOLAH



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa pada pagi hari ini 27 September 2015, telah diumumkan bahawa semua sekolah di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Bahagian Sri Aman, Kuching dan Samarahan di negeri Sarawak perlu ditutup pada 28 September 2015 (Isnin) akibat bacaan IPU yang Tidak Sihat (IPU 101-200) dan Sangat Tidak Sihat (IPU 201-300).

Manakala pemantauan berterusan di seluruh negara menerusi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga jam 4.00 petang hari ini 27 September 2015 mendapati terdapat beberapa kawasan atau daerah lagi yang menunjukkan bacaan IPU yang Tidak Sihat dan Sangat Tidak Sihat.

Sehubungan itu KPM memutuskan agar semua sekolah di negeri Pahang dan kawasan Tanjung Malim, Perak juga perlu ditutup pada 28 September 2015 (Isnin). Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing akan penutupan ini dengan kadar segera.

Sekian dimaklumkan.


Kementerian Pendidikan Malaysia
27 September 2015

  • Hits: 7598

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 22 September 2023, 15:47.