Logo KPT 200x150   Black

SIARAN MEDIA

ANALISA KEPUTUSAN KEMASUKAN KE UIVERSITI AWAM / POLITEKNIK PREMIER BAGI PROGRAM PENGAJIAN ASASI DAN DIPLOMA

  1. Keputusan kemasukan ke Program Pengajian Asasi dan Diploma sahaja di Universiti Awam / Politeknik Premier untuk pelajar lepasan SPM / Setaraf bagi sesi 2016/2017 telah diumumkan oleh Kementerian pada 16 Mei 2016.

  2. Sebanyak 181,317 permohonan telah diterima dan sukacita dimaklumkan bahawa daripada jumlah tersebut, 58,914 (33%) pemohon lepasan SPM / Setaraf telah ditawarkan tempat. Sebanyak 62% pemohon telah diberi tawaran berdasarkan kepada 3 pilihan utama mereka dalam UPUOnline. Daripada jumlah tersebut, 36.9% pemohon telah diberi tawaran mengikut pilihan pertama.

  3. Kementerian mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pemohon yang telah berjaya menerima tawaran.

SEBAB-SEBAB PERMOHONAN TIDAK BERJAYA

  1. Penawaran dibuat mengikut dasar markah merit iaitu 90% akademik dan 10% kokurikulum. Antara sebab-sebab mengapa permohonan pemohon tidak berjaya termasuk:

    • Tidak menekan butang sah & hantar pada borang online
    • Tidak memenuhi syarat yang ditetapkan
    • Memohon program luar bidang aliran
    • Tidak melepasi temuduga
    • Markah merit rendah; dan
    • Tidak dipilih Universiti ekoran tempat yang terhad kerana persaingan yang tinggi.

LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL

  1. Hanya pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline Rayuan di http://upu.mohe.gov.my.

  2. UPUOnline Rayuan akan dibuka mulai 26 Mei 2016 jam 12.00 tengah hari sehingga 31 Mei 2016 jam 11.59 malam.

KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM KEMAHIRAN (TVET) DI POLITEKNIK KONVENSIONAL / METrO, KOLEJ KOMUNITI DAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA)

  1. Bagi permohonan SPM/Setaraf untuk kemasukan ke Program Kemahiran (TEVT) di Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi peringkat Diploma dan Sijil pula, keputusan akan diumumkan pada 26 Mei 2016 bermula jam 12.00 tengah hari.

KEPUTUSAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

  1. Dimaklumkan juga bahawa keputusan permohonan Lepasan STPM/Setaraf untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA) bagi program Ijazah Sarjana Muda akan diumumkan pada Minggu Kedua Ogos 2016.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

  1. Untuk memudahkan pemohon membuat semakan dan mendapatkan khidmat runding cara.Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (BPKP JPT):

    • Telah membuka kaunter khidmat runding cara berkaitan permohonan kemasukan UA/Politeknik Premier di bangunan Kementerian Pendidikan Tinggi, Aras Tanah, No.2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62200 W.P. Putrajaya.

    • Kaunter dibuka mulai 17 Mei 2016 hingga 01 Jun 2016 dari jam 08:30 pagi hingga 04:30 petang (waktu dan hari bekerja sahaja).

  2. Kemudahan “Hotline” turut disediakan untuk membantu menjawab sebarang kemusykilan pemohon. Pemohon boleh menghubungi BPKP JPT di talian telefon 03-8870 6767 dan 03-8870 6777 untuk bantuan.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
20 MEI 2016
PUTRAJAYA

  • Hits: 19433

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 22 September 2023, 15:47.