Majlis Penyerahan Bendera Kepada Pasukan MSSM Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2019

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Amin Senin hari ini menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera kepada pasukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) yang menyertai kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) kali ke -8 tahun 2019.

Majlis itu berlangsung di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Turut hadir, Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), YBrs. Zainal Abas dan timbalannya, Ybrs. Suhaimi Sun Abdullah.

Seramai 189 orang atlit murid daripada 45 buah sekolah harian, lima buah sekolah sukan Malaysia dan tiga buah sekolah sukan negeri mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

Seramai 54 pegawai sukan turut terlibat sepanjang kejohanan yang berlangsung pada 17 Ogos hingga 24 Ogos 2019.

 
 
(UKK 16 Ogos 2019)
  • Hits: 913
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 17 September 2019, 13:00.