Kunjungan Delegasi Kelab Ikram Jordan

YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan hari ini menerima kunjungan Kelab IKRAM Jordan (KIJ). Pertemuan berlangsung di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya.

Delegasi disertai oleh pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di Jordan.

Turut hadir Encik Mu’aadz Emran, Pengarah Persidangan MIFTAH 2020 merangkap Ketua Lajnah Tarbiah, KIJ.

Pertemuan ini membolehkan pimpinan KIJ mengadakan sesi ramah mesra bersama YB Dr. Maszlee. Mereka turut membincangkan pelbagai perkara terutama tentang isu pendidikan dan pengurusan pelajar Malaysia di Jordan.

 
 
(UKK 19 Jun 2019)
  • Hits: 430
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 21 Ogos 2019, 09:46.