Kerajaan Komited Memperkasa Pendidikan Prasekolah

Timbalan Menteri Pendidikan, YB Puan Teo Nie Ching pagi tadi telah melancarkan Persidangan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Ketujuh Tahun 2019 di Subang Jaya.

Persidangan dua hari ini telah menyatukan para pendidik awal kanak-kanak dari seluruh negara untuk berkongsi pengalaman pembelajaran kanak-kanak melalui pedagogi pembelajaran holistik.

Dalam ucapan pelancaran, YB Puan Teo Nie Ching menyatakan kerajaan amat prihatin dan memberikan perhatian penuh kepada pendidikan prasekolah.

Melalui pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) sistem pendidikan prasekolah di Malaysia adalah berdasarkan standard antarabangsa.

"Bagi memastikan prasekolah swasta turut berada dalam standard kualiti kebangsaan, kerajaan turut mewujudkan Majlis ECCE (Early Childhood Care and Education) pada tahun 2001 dalam usaha meningkatkan tahap profesionalisme pendidikan awal kanak-kanak di prasekolah swasta," tambah beliau.

Pada majlis yang sama, SeGi College Subang Jaya turut menyampaikan pakej penajaan bernilai RM200,000 dalam bentuk biasiswa dan baucar kursus kepada peserta persidangan berkenaan.

Turut hadir Presiden Majlis ECCE Malaysia Datuk Dr. Chiam Heng Keng serta Pengarah Eksekutif Kanan Kumpulan SeGi College, Mr. Daniel Teng.

 
 
 
 
(UKK 25 Mei 2019)
  • Hits: 1168
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 21 Ogos 2019, 14:25.