Cikgu Nawi diumum Tokoh Guru Kebangsaan, Dato’ Asariah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan

YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia menyampaikan anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2019 kepada Cikgu Nawi Ismail dari Terengganu yang pernah berkhidmat sebagai pendidik selama 37 tahun.

Dalam pada itu, YBhg Dato’ Asariah Mior Shaharuddin, mantan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme dan Keguruan), Kementerian Pendidikan Malaysia pula diumumkan sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan.

Kedua-dua penerima anugerah itu menerima wang tunai RM50,000, kalung emas bernilai RM10,000 dan plak.

Anugerah disampaikan pada majlis perasmian sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2019 yang berlangsung di SPICE Arena, Pulau Pinang.

Turut sama hadir Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr Maszlee Malik dan barisan pengurusan tertinggi KPM serta lebih 3,000 guru dari seluruh negara.

 

 
 
(UKK 16 Mei 2019)
  • Hits: 1664
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 24 Ogos 2019, 08:12.