Pelancaran Majlis Pembakuan Bahasa Tamil Malaysia

Bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur Majlis Pelancaran Majlis Pembakuan Bahasa Tamil Malaysia telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Puan Teo Nie Ching.

Diwujudkan bagi menyelaras dan membakukan penggunaan bahasa Tamil di Malaysia, Majlis Pembakuan Bahasa Tamil Malaysia berfungsi dalam empat bidang utama iaitu pembangunan kosa kata, penterjemahan, penerbitan dan tatabahasa.

Dalam ucapan beliau, YB Puan Teo mengalu-alukan kerjasama antara Majlis Pembakuan Bahasa Tamil, Majlis Pembakuan Bahasa Cina dan DBP dalam melahirkan persefahaman dan memantapkan penggunaan bahasa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pada majlis yang sama, beliau menyaksikan Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara Majlis Bahasa Cina Malaysia dan Majlis Bahasa Tamil Malaysia.

Turut hadir Pengerusi Gabungan Wakil Rakyat India Pakatan Harapan, YB Sivarasa Rasiah, yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP, YBhg. Dato' Padilah Ali.

 
 
 
58779144_2353976884640960_2154476456053309440_n.jpg 58870235_2353976654640983_7743912157372219392_n.jpg 59112085_2353977037974278_7794055853308379136_n.jpg

59265474_2353976991307616_4711587872560381952_n.jpg 59295640_2353976751307640_9038127516102950912_n.jpg 59634034_2353976844640964_5899202246083608576_n.jpg

 
 
(UKK 03 Mei 2019)