USM Juara Pertandingan Akhir ROBOCON Peringkat Kebangsaan 2019

YBhg. Datin Paduka Ir. Dr Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merasmikan Majlis Penutup dan Pertandingan Akhir ROBOCON Peringkat Kebangsaan 2019.
 
Bertemakan "Satu Langkah Seribu Lonjakan", ROBOCON Malaysia 2019 bertujuan mengangkat ekosistem inovasi pendidikan tinggi negara ke tahap yang lebih tinggi. ROBOCON Malaysia 2019 dilihat amat signifikan ke arah melahirkan bakat dan minat mahasiswa dalam bidang robotik di Malaysia.
 
Pagi ini turut berlangsung pertandingan akhir ROBOCON. ROBOCON Malaysia 2019 dimenangi oleh Universiti Sains Malaysia (USM) manakala Universiti Teknologi Malaysia di tempat kedua dan tempat ketiga Universiti Putra Malaysia (UPM) serta pemenang bersamanya iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS).
 
Pertandingan ini telah merekodkan penyertaan sebanyak 34 pasukan melibatkan Universiti Awam, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Perindustrian. Juara akan mewakili Malaysia ke pertandingan ROBOCON peringkat Asia Pasifik 2019 pada bulan Ogos di Ulan Baatar, Mongolia.
 
"Bertepatan dengan hasrat YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan semasa amanat beliau pada tahun ini, 'Pendidikan Untuk Semua,Tanggungjawab Semua', pertandingan ini dilihat amat signifikan ke arah 
melahirkan bakat, minat serta percambahan idea dalam bidang robotik di Malaysia.
 
"Aspirasi pendidikan STREAM juga mampu digarap dan dikembangkan melalui pertandingan seumpama ini," kata beliau.
 
Pertandingan ROBOCON merupakan pertandingan robot yang telah bermula sejak tahun 2002, yang dianjurkan oleh Asia Broadcasting Union (ABU) dan Kementerian. 
 
Tahun ini, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dilantik sebagai penganjur bersama di samping Universiti Tenaga Nasional sebagai tuan rumah penganjuran. Malaysia juga pernah diberi penghormatan menjadi tuan rumah bagi Pertandingan ROBOCON Peringkat Asia Pasifik pada tahun 2006.
 
KPM amat komited dalam mengembangkan bakat dan kemahiran mahasiswa demi menyumbang kepada negara selaras dengan usaha menjadikan universiti untuk masyarakat.
 
Turut hadir, YBhg. Prof Madya Dr Zulkifli Hasan, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UIAM; YBrs. Nor Hayati Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik) Jabatan Penyiaran Malaysia; YBhg. Dato' Prof Dr Mohd Zamri Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar, Alumni dan Pengurusan) Universiti Tenaga Nasional dan YBhg. Datuk Prof Ts Dr Ahmad Radi Mohamed Eshaq, Presiden Universiti Multimedia.
 
IMG-20190408-WA0041.jpg IMG-20190408-WA0042.jpg IMG-20190408-WA0043.jpg

IMG-20190408-WA0044.jpg IMG-20190408-WA0045.jpg IMG-20190408-WA0046.jpg

IMG-20190408-WA0047.jpg IMG-20190408-WA0048.jpg IMG-20190408-WA0049.jpg

IMG-20190408-WA0050.jpg IMG-20190408-WA0051.jpg IMG-20190408-WA0052.jpg

 
 
(UKK 7 April 2019)