YB Dr Maszlee Terima Kunjungan Hormat Setiausaha Agung D-8

YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8), YBhg Dato' Ku Jaafar Ku Shaari di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

Pertemuan ini bertujuan membincangkan cadangan penubuhan D-8 Network of Pioneers For Research and Innovation (D-8 NPRI) iaitu rangkaian dalam kalangan penyelidik, institusi penyelidikan, industri dan universiti-universiti terpilih.

YBhg Datuk Ku Jaafar kini berada di ibu negara dalam rangka lawatan kerja ke Malaysia bermula hari ini hingga 4 April 2019.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg Dato' Dr Mohd Gazali Abas; Naib Canselor Universiti Malaya, YBhg Datuk Ir. Dr. Abdul Rahim Hashim; Naib Canselor Universiti Putra Malaysia; YBhg Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris; Timbalan Rektor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, YBrs. Prof. Dr. Ahmad Hafiz Zulkifly; Timbalan Ketua Pengarah (Governan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBrs Mohamad Amin Hamat; Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa KPM, YBrs Mohammad Sanusi Abdul Karim dan Pengarah Bahagian Perancangan IPT, Jabatan Pendidikan Tinggi KPM, YBrs Prof. Dr. Raha Abdul Karim.

Hadir sama, Pengarah 1 D-8, Encik Nasir Aminu dan Pembantu Eksekutif Encik Muhammad Bilal Khan.

 

(UKK 2 April 2019)

  • Hits: 321
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 26 Ogos 2019, 15:13.