Fakulti Farmasi Universiti Malaya Dilancar

Pelbagai kejayaan yang diperolehi oleh Jabatan Farmasi di bawah Fakulti Perubatan Universiti Malaya adalah faktor utama Jabatan tersebut dinaik taraf menjadi Fakulti Farmasi.

Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr. Maszlee Malik berkata demikian semasa beliau menghadiri Pharm Night and Faculty of Pharmacy University Malaya Launch.

Penubuhan fakulti itu merupakan detik bersejarah bagi Universiti Malaya.

Beliau turut melahirkan rasa bangga kepada pelajar-pelajar Fakulti Farmasi kerana usaha keras dalam melakukan pelbagai tugas demi menjayakan program tersebut.

YB Dr. Maszlee juga percaya, pelajar-pelajar Fakulti Farmasi juga adalah permata negara yang bakal mencipta sejarah pada masa hadapan.

Turut hadir ke program tersebut adalah Timbalan Naib Canselor, Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman; Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Profesor Dato' Dr. Yang Faridah, dan Ketua Program Farmasi Profesor Datin Dr. Zoriah Aziz.

  • Hits: 1320
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 24 Ogos 2019, 08:12.