YAB TPM Serah Kad Oku Kepada Murid SK Presint 9 (2) Putrajaya

YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kad OKU (Orang Kurang Upaya) baharu kepada murid-murid SK Presint 9 (2), Putrajaya. Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, YB Puan Teo Nie Ching.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mendaftarkan murid-murid terbabit mengikut Seksyen 21 Akta Orang Kurang Upaya 2008. Bagi pemegang Kad OKU di bawah kategori Masalah Pembelajaran, KPWKM telah memperkenalkan kategori OKU Pembelajaran dengan menyatakan enam subkategori sama ada Global Developmental Delay (GDD) Down Syndrome, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), Autisme, Intelektual atau Specific Leraning Disability (LD) pada kad OKU baharu berkenaan.

Pada program yang sama YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah diiringi YB Puan Teo turut mengadakan lawatan ke Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bagi melihat sesi pembelajaran murid-murid Masalah Pembelajaran di sekolah berkenaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah kepimpinan YB Dr Maszlee Malik telah menggerakkan dasar penolakan sifar mulai tahun ini bagi menggalakkan lebih ramai murid berkeperluan khas menerima pendidikan di sekolah kerajaan. Di bawah dasar itu, kesemua sekolah menerima murid-murid berkeperluan khas.

YB Hannah Yeoh Tseow Suan, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga hadir sama.

1.jpg 2.jpg 3.jpg

4.jpg 5.jpg