Sesi Perjumpaan Khas YB Dr Maszlee Bersama Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)

YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia bertemu dengan kira-kira 400 pemimpin dan wakil Institusi Pendidikan Tinggi Swasta pada sesi Majlis Perjumpaan Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia Bersama IPTS di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya, hari ini.

Sesi ini merupakan usaha berterusan KPM bagi memperkukuhkan libat urus bersama semua pihak dalam memastikan mutu pendidikan tinggi negara berada pada tahap cemerlang.

Menerusi pertemuan ini YB Dr Maszlee berkongsi dasar, matlamat dan hala tuju KPM dalam membangunkan sistem pendidikan tinggi negara.

Dalam ucapannya, YB Dr Maszlee berkongsi tentang sumbangan IPTS dengan menyediakan pendidikan tinggi yang berkualiti kepada rakyat Malaysia.

IPTS juga telah menyediakan akses alternatif kepada pelajar yang tidak dapat masuk ke institusi pendidikan tinggi awam, katanya.

Di samping itu, industri dalam IPTS juga telah menyumbang kepada hasil ekonomi negara.

YB Dr Maszlee turut menyempurnakan pelancaran Majlis Naib Canselor Universiti Swasta, yang diketuai oleh Pengerusinya Prof. Dato’ Dr Khairul Anuar Abdullah.

Sesi petang ini turut dihadiri oleh YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan; YBhg. Dato' Dr. Mohd Gazali Abas, Ketua Setiausaha KPM; YBhg. Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan YBhg. Dato' Kamel Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPM.

  • Hits: 401
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 21 Ogos 2019, 14:25.