STPM

  • Calon sekolah hendaklah mengambil sijil STPM mereka dari sekolah masing-masing, manakala calon sekolah swasta dan calon persendirian individu dari Jabatan Pelajaran Negeri.

  • Calon diberi tempoh masa 12 bulan selepas keputusan peperiksaan diumumkan untuk mengambil sijil. Selepas tempoh tersebut, pihak sekolah atau Jabatan Pelajaran Negeri akan menghantar balik sijil-sijil yang tidak dituntut ke Majlis Peperiksaan Malaysia. Calon yang ingin mendapatkan sijil selepas tempoh tersebut hendaklah berurus terus dengan Majlis Peperiksaan Malaysia dan akan dikenakan caj sebanyak RM50.00. Permohonan hendaklah disertai salinan slip keputusan peperiksaan STPM (jika ada), salinan kad pengenalan dan sampul surat beralamat sendiri berukuran 38cm x 26cm yang bersetem RM2.00 berserta Pos Daftar (Bar Code) bernilai RM2.20.
    pdf Muat Turun Borang Tuntutan Sijil STPM - MPM/S1. (213 KB)

  • Calon yang kehilangan sijil STPM boleh memohon kepada Majlis Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan penyata keputusan yang disahkan atau salinan sijil. Permohonan melalui pos hendaklah disertai salinan kad pengenalan yang disahkan oleh Pengetua atau Pegawai Kumpulan A.
  • Calon yang ingin mendapatkan transkrip STPM dalam versi bahasa Inggeris hendaklah mengemukakan perkara-perkara yang berikut :
  • Transkrip tersebut akan dihantar terus oleh Majlis Peperiksaan Malaysia ke universiti berkenaan tanpa melalui calon. Walau bagaimanapun, salinan surat penghantaran transkrip ke universiti terlibat akan dihantar kepada calon.
  • Hits: 76811

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 29 September 2023, 15:09.