Al-Sultan Abdullah Dimasyhur Sebagai Canselor UiTM

AL-SULTAN ABDULLAH DIMASYHUR SEBAGAI CANSELOR UiTM
 
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM).
 
Watikah pemasyhuran dipersembahkan kepada Seri Paduka oleh YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia pada majlis yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, hari ini.
 
Seksyen 19A (2) Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173) memperuntukkan bahawa Canselor ialah Yang di-Pertuan Agong.
 
Dalam titahnya, Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa jika sesuatu bangsa itu ingin berubah dan mengatasi sebarang cabaran yang mendatang, maka bangsa tersebut hendaklah memiliki modal insan yang berilmu pengetahuan dan pegangan spiritual serta sahsiah yang unggul.
 
 
(UKK 19 Mac 2019)
  • Hits: 3034

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 03 Jun 2023, 16:23.