YB Timbalan Menteri Pendidikan Menyambut Kedatangan Wanita Pertama Republik Korea Selatan (2)
YB Timbalan Menteri Pendidikan, Puan Teo Nie Ching hari ini meluangkan masa menyambut kedatangan Wanita Pertama Republik Korea Selatan, Kim Jung Sook ke Sekolah Menengah Sains (SMS) Seri Puteri, Kuala Lumpur.
Kim Jung Sook merupakan isteri kepada Presiden Republik Korea Selatan, Moon Jae In yang dalam rangka lawatan ke Malaysia.
Lawatan Kim Jung Sook ke sekolah berkenaan adalah bagi melihat sendiri proses pembelajaran Bahasa Korea yang merupakan antara bahasa asing yang ditawarkan di sekolah berasrama penuh berkenaan.
Kim turut dibawa melihat sendiri pelajar-pelajar bertutur dalam Bahasa Korea, menyaksikan persembahan Takwando yang berasal dari Korea sebelum berangkat pulang.
Turut hadir, Pengetua SMS Seri Puteri, Asiah Zainal Abidin.
- Hits: 3375