YB Puan Teo Ziarah Mangsa Terhidu Sisa Kimia Di Hospital Sultan Ismail, Johor
YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia pagi tadi menziarahi mangsa, sebahagian besar daripada mereka murid sekolah, yang terhidu sisa kimia di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor.
Mereka merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Pasir Putih, Pasir Gudang. Empat daripada mereka masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI.
Menurut beliau, kesemua mangsa berada dalam keadaan stabil, termasuk empat yang dirawat di ICU.
YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan dan seluruh warga Kementerian Pendidikan Malaysia mendoakan agar kesemua mangsa yang dirawat di hospital kembali sembuh segera.
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
Terima kasih kepada kesemua pihak termasuk pasukan perubatan HSI atas sokongan dan kerjasama mereka.
- Hits: 4282