YB Dr. Maszlee Malik rai Pasukan Malaysia Warrior
Pasukan Malaysia Warrior yang muncul juara dalam Kejohanan Bolasepak Piala Global J Green di Pusat Latihan Bolasepak Kebangsaan Jepun pada 16 September 2019 lalu diraikan oleh YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan semalam.
Turut hadir, YBhg Dato' Dr. Mohd Gazali Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), YBhg Dato' Kamel Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), YBhg. Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, dan Ybrs. Encik Mohamad Azhan Md Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan).
- Hits: 2661