Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2019

YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan merasmikan Malam Kemuncak Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2019 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak.

PABM merupakan satu-satunya pertandingan pidato Bahasa Melayu peringkat antarabangsa yang diadakan di dunia bertujuan untuk memartabatkan citra dan kedaulatan Bahasa Melayu di persada dunia.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan dalam PABM iaitu kategori Alam Melayu, kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia dan kategori Antarabangsa

Bagi kategori Alam Melayu ia dimenangi Amirul Iqmal Razlan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), manakala juara kategori pelajar Antarabangsa di Malaysia ialah Moustapha Koutoub Sano penuntut UIAM dari Guinea, sementara Qurbanov Ozad Nurmuhammad Ugli dari Uzbekistan State University of World Languages dinobatkan pemenang kategori Antarabangsa.

Turut hadir, YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan.

 
71183850_2623511884354124_7639432894598873088_n.jpg 71390798_2623512411020738_8542532395163713536_n.jpg 71405354_2623512234354089_4231925289287942144_n.jpg

71541319_2623512484354064_2622110506671931392_n.jpg 71682204_2623512137687432_6401110462141825024_n.jpg 71770071_2623512034354109_5194239890509791232_n.jpg

72104517_2623512331020746_8509480220934275072_n.jpg 72112107_2623511957687450_8274800480576602112_n.jpg