Majlis Perasmian Program Sentuhan Kasih @ JPT 2019
YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan menyempurnakan Program Sentuhan Kasih @ JPT 2019 yang bertempat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Trolak, Perak.
Seramai lebih 1,000 orang pelajar dari 24 buah sekolah di sekitar daerah Batang Padang hadir ke program hari ini.
Program Sentuhan Kasih @ JPT 2019 ini bertujuan memberi pendedahan dan penerangan dengan lebih jelas mengenai syarat kemasukan, kaedah permohonan dan proses pengambilan pelajar lepasan SPM/ Setaraf dan STPM/ Setaraf dalam kalangan kumpulan B40 di daerah ini.
Turut hadir, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohamad Shatar Sabran.
- Hits: 3174