Majlis Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan: Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI) 2019

Majlis Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan: Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI) 2019 telah disempurnakan oleh YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan di Putrajaya.

4 kategori telah dipertandingkan iaitu Anugerah Pengalaman Pembelajaran Imersif (Maya, Teradun dan Bersemuka), Anugerah Pengajaran Transformasi, Anugerah Pentaksiran Alternatif, Anugerah Kurikulum Program Pengajian Inovatif.

Turut hadir, YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah bt Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato' Kamel bin Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Pendidikan Malaysia, YBrs. Prof. Dato Dr. Roshada Hasim, Yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia dan YBrs. Prof. Madya Dr. Nurlida bt Basir, Pengerusi Jawatankuasa Pemilih AKRI 2019.

 
 
 
  • Hits: 111
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 22 Oktober 2019, 18:22.