Lawatan YB Puan Teo Nie Ching Ke SJKC Subang

Timbalan Menteri Pendidikan, YB Puan Teo Nie Ching pagi tadi 'turun padang' ke SJKC Subang bagi melihat sendiri persekitaran pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah tersebut.

Turut sama Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi), Kementerian Pendidikan Malaysia, Encik Shaari Osman.

SJKC Subang terdiri daripada 1,400 orang murid yang mengikuti persekolahan sesi pagi dan 600 orang murid sesi sebelah petang.

YB Puan Teo Nie Ching turut meluangkan masa melawat kelas dan bilik guru di samping beramah mesra dengan warga sekolah.

  • Hits: 3309

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 27 September 2023, 14:39.