Lawatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berkenan mencemar duli melawat UPNM di Kem Perdana, Sungai Besi, Kuala Lumpur, hari ini.

SPB YDPA diberikan taklimat oleh YBhg. Lt Jen Dato' Hj. Abdul Halim bin Hj. Jalal, Naib Canselor UPNM.

Baginda juga diiring ke Pusat Maritim UPNM dimana baginda diperlihatkan simulator kapal dan melawat pameran pencapaian warga UPNM.

Turut hadir, YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan dan YBhg. Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

 
 
 
 
  • Hits: 3734

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 29 November 2023, 10:39.