1 Oktober Hari Pembantu Tadbir Pendidikan Malaysia
Seramai 252 peserta dari Kesatuan Pembantu Tadbir Pendidikan Malaysia (KEPTAN) telah menghadiri Konvesnyen Pembantu Tadbir Pendidikan Malaysia Tahun 2019 di Kuala Lumpur.
Program dua hari ini, bermula hari ini, telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik pagi tadi.
Turut hadir Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Dato' Ahmad Nadzri Embong.
Ketika menyampaikan ucapan, YB Dr. Maszlee memberitahu, Kementerian sentiasa membuka peluang kepada kesatuan sekerja seperti KEPTAN untuk menjalin kerjasama serta membantu Pembantu Tadbir dalam meningkatkan ilmu untuk melaksanakan tugas harian dengan cemerlang. Penganjuran Konvensyen secara kerjasama antara BPSM dengan KEPTAN ini amat digalakkan dengan pengisian perkongsian ilmu dan kursus.
"Harapan saya semoga KEPTAN dapat terus memainkan peranannya sebagai Kesatuan yang menjaga kebajikan pekerja dan terus memperjuangkan nasib Pembantu Tadbir agar lebih cemerlang di masa hadapan," tambah beliau.
YB Dr. Maszlee turut bersetuju agar 1 Oktober diisytiharkan sebagai Hari Pembantu Tadbir Pendidikan Malaysia bagi menghargai jasa yang dicurahkan Pembantu Tadbir Pendidikan dalam pentadbiran di sekolah hingga ke peringkat Kementerian.
(UKK 20 Mac 2019)
- Hits: 3332