YB Dr. Maszlee Umum Peruntukan RM100,000 bagi SMK Bugaya, Sabah

YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM100,000 untuk tujuan penyelenggaraan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bugaya, Sabah.

Beliau berkata demikian pada sesi lawatan dan mengajar bersama YB Datuk Dr. Yusof Yacob, Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah dan YBhg. Dato' Dr. Mohd Gazali Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia.

SMK Bugaya, sekolah kedua tertua di Semporna, mempunyai 1,613 murid dengan 35 bilik darjah (2 sesi).

Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat keadaan lebih 480,000 pelajar di Sabah dan memahami keperluan dari sudut pandang warga tempatan mengenai isu dan cabaran yang dihadapi dalam membentuk masa depan anak-anak di negeri ini.

Untuk lebih memahami isu dan cabaran yang dimaksudkan, YB Dr Maszlee telah mengajar di dalam sebuah kelas melibatkan 26 pelajar Tingkatan Dua manakala YBhg Dato’ Dr Mohd Gazali mengajar di sebuah kelas yang lain. Turut mengendalikan satu kelas ialah YB Datuk Dr Yusof.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Yayasan TFM kerana membantu memberikan peluang untuk berada di dalam bilik darjah.

"Program TFM merupakan contoh terbaik PPP dalam menggalakkan pembangunan pendidikan. Ia dilaksanakan dengan menempatkan Felo sebagai guru di beberapa sekolah di seluruh negara.

"Mereka juga bersama-sama dengan komuniti membantu menyelesaikan masalah setempat," kata beliau.

 

  • Hits: 134
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 21 Ogos 2019, 14:25.