Sesi Menanam Pokok Kukuh Sinergi Akept-Universiti Awam

YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia mengetuai sesi menanam pokok sempena 10 tahun penubuhan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), pagi tadi.

Kesemua 25 anak pokok yang ditanam di AKEPT, yang terletak di Bandar Enstek, Negeri Sembilan, disumbangkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sesi menanam pokok turut disertai oleh Pengerusi-pengerusi Lembaga Pengarah dan Naib-naib Canselor Universiti Awam, mewakili universiti masing-masing.

Simbolik menanam pokok ini merupakan sinergi di antara AKEPT dan 20 buah Universiti Awam.

Acara ini diadakan sempena Program Libat Urus Menteri Pendidikan Bersama Pengerusi Lembaga Pengarah dan Naib Canselor Universiti Awam: Hala Tuju Universiti Awam Tahun 2019.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), YBhg Dato' Dr Mohd Gazali Abas dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg Datin Paduka Ir. Dr Siti Hamisah Tapsir.

Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPM, YBhg Dato' Kamel Mohamad; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), YBhg Dato' Azizan Mohamad Sidin dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBrs Mohamad Azhan Md Amir juga hadir sama.

  • Hits: 135
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 24 Ogos 2019, 08:12.