Yang di-Pertuan Agong Mencemar Duli Berangkat Memantau Pelaksanaan SOP Pembukaan Semula Sekolah Di SMK Danau Kota, Kuala Lumpur
Petikan daripada FB Dr. Radzi Jidin,
"Menjunjung kasih Tuanku.
Pagi tadi berkesempatan mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mencemar duli berangkat memantau pelaksanaan SOP pembukaan semula sekolah di SMK Danau Kota, Kuala Lumpur.
Patik menjunjung kasih atas keprihatinan KDYMM SPB Tuanku terhadap hal ehwal pendidikan dan kebajikan anak-anak kita.
- Hits: 4349