Timbalan Menteri Pendidikan Lawat SK Marian Convent, SJKT Klebang 

YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan hari ini meluangkan masa melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Marian Convent, Ipoh,  Perak untuk meninjau keadaan bilik darjah yang rosak dipukul ribut hujung Mac lalu. 
 
Dalam lawatan selama sejam itu YB Puan Teo dibawa melawat ke bangunan berkenaan  selain diberi penerangan mengenai keadaan sekolah itu. 
 
YB Puan Teo berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengambil tindakan untuk membantu mengatasi masalah itu.
 
Turut serta dalam lawatan itu, Ahli Parlimen Ipoh Timur, YB Wong Kah Woh; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning, Jenny Choy Tsi Jen dan Guru Besar SK Marian Convent, Datin Fauziah Abdul Samat. 
 
Selain itu, YB Puan Teo turut meluangkan masa melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Klebang, Chemor, Perak.
 
Turut hadir, Ahli Parlimen Batu Gajah, YB  V.  Sivakumar; Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak, YBrs Rosli Ahmad; Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara, YBrs Hasni Hashim dan Guru Besar SJKT Klebang, Chemor, Puan Pathmani Doraisinggam. 
 
 
 
(UKK 7 April 2019)
  • Hits: 4426

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 27 September 2023, 14:39.