Warga SK Taman Sungai Besi Indah Ramah Mesra Bersama YB Dr Maszlee

Seramai 60 warga Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Sungai Besi Indah, Selangor telah diraikan oleh Menteri Pendidikan YB Dr. Maszlee Malik pada majlis makan malam di Putrajaya, semalam.

Dalam ucapan, YB Dr. Maszlee melahirkan rasa gembira beliau kerana akhirnya dapat bertemu dengan warga SK Taman Sungai Besi Indah selepas perancangan yang telah lama disusun.

Justeru, beliau berharap melalui melalui pertemuan ini warga pendidik SK Taman Sungai Besi Indah akan lebih bersemangat.

"Saya berharap guru-guru akan menggunakan sepenuh waktu dengan dedikasi dalam mendidik anak-anak kita," kata beliau.

 

(UKK 2 April 2019)

  • Hits: 3351

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 04 Oktober 2023, 15:35.