YB Menteri Pendidikan Terima Kunjungan Malaysian German Chamber Of Commerce

YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia menerima kunjungan Malaysian-German Chamber of Commerce and Industry (MGCC) di pejabatnya Putrajaya. Delegasi diketuai oleh Encik Sascha Alexander Kuhn, Ketua Jabatan German Dual Vocational Training (GDVT).

Pertemuan membincang dan memfokus kepada usaha dalam memperkukuhkan hubungan dua hala khususnya berkaitan dengan pendidikan TVET, usaha-usaha lain dan hala tuju yang boleh dimaanfatkan bersama.

Turut hadir, YBhg. Dato' Dr. Mohd Gazali Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan YBhg. Datin Paduka Ir. Dr Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

 
 
 
 
(UKK 30 Mei 2019)
  • Hits: 3616

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 08 Jun 2023, 15:53.