YB Dr. Maszlee Terima Kunjungan Hormat YB Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak
Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Negeri Sarawak, YB Dato' Sri Michael Manyin Jawong di Putrajaya.
Pertemuan yang berlangsung kira-kira 30 minit itu membincangkan mengenai hala tuju pendidikan di Negeri Sarawak dan beberapa perkara termasuk sekolah daif.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Gazali Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia.
(UKK 19 Jun 2019)
- Hits: 3399