YB Dr Maszlee dan MB Johor Mengadakan Lawatan Ke SMKA Pagoh
YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan hari ini meluangkan masa melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Pagoh, Johor.
Lawatan yang mengambil masa sejam itu turut dihadiri YAB Menteri Besar Negeri Johor, Dato’ Dr. Sahruddin Jamal.
YB Dr. Maszlee dibawa melawat sekitar SMKA Pagoh dan beramah mesra bersama kakitangan dan pelajar-pelajar sekolah berkenaan.
Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, YBrs Azman Adnan dan Pengetua SMKA Pagoh, YBrs Lukman Nulhakim Mashadi. SMKA Pagoh merupakan SMKA kelima di Johor dan kedua di Muar.
(UKK 10 Jun 2019)
- Hits: 4741