Wadah Aspirasi Menteri Kanan Pendidikan Bersama-Sama Warga Kementerian Pendidikan Malaysia

".....keberadaan kita di kementerian ini, tak kiralah siapa kita, bahawa setiap daripada kita itu, memikul satu tanggungjawab yang cukup besar", inilah antara sorotan kata-kata dari Datuk Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan Malaysia semasa majlis Wadah Aspirasi Menteri Kanan Pendidikan Bersama-Sama Warga Kementerian Pendidikan Malaysia telah diadakan pada 5 April 2021 (Isnin) di Dewan Serbaguna, Aras 9, Blok E12, Putrajaya. 

 
Antara perkara-perkara yang diketengahkan oleh Dr. Radzi berkaitan pendidikan digital, amanah warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), tanggungjawab sebagai warga KPM, dan juga kepercayaan dan kerjasama bersama-sama warga pendidik dan ibu bapa. 
 
Dalam majlis ini juga telah diadakan sesi penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2020. Anugerah disampaikan oleh Datuk Dr. Radzi Jidin kepada 33 wakil dari setiap bahagian. Jumlah keseluruhan warga KPM yang menerima APC Tahun 2020 adalah seramai 3,843 orang. 
 
Selain itu juga, Pingat Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 turut disampaikan kepada tiga (3) orang penerima, Anugerah Tokoh Teladan Integriti Tahun 2020 kepada dua (2) orang penerima dan seorang penerima Anugerah Emas Menteri Pendidikan Tahun 2020.
 
  • Hits: 2821

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 08 Jun 2023, 15:25.