Pelajar UTM Dinobat Tokoh Siswa Kebangsaan 2018

Infografik Pemenang ATS 00r

Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Muhammad Syafik Rahmat dinobatkan sebagai Tokoh Siswa Kebangsaan 2018, anugerah yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengiktiraf mahasiswa yang aktif dalam pelbagai bidang yang diceburi sepanjang berada di kampus. Beliau membawa pulang Anugerah Menteri Pendidikan bersama hadiah wang tunai RM3,000 beserta trofi dan sijil.

Muhammad Syafik juga menguasai Anugerah Pemimpin Program Sukan.

Kementerian turut mengiktiraf mahasiswa yang berkecimpung dalam bidang masing-masing menerusi 15 kategori lain.

Anugerah Menteri Pendidikan disampaikan oleh YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia.

Berucap menyempurnakan Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2018 yang berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan, YB Dr Maszlee berkata, pemilihan pemenang mengambil kira penglibatan mahasiswa dalam program, pencapaian akademik dan sahsiah diri/kumpulan calon.

Selaras dengan aspirasi KPM untuk melahirkan insan yang holistik di tengah-tengah setiap komuniti dan masyarakat, pengurniaan anugerah seumpama ini mampu menjadi wadah kepada mahasiswa untuk menonjolkan sifat kepimpinan serta bergiat lebih aktif dalam aktiviti kokurikulum, kata beliau.

Senarai penuh penerima anugerah bagi tahun 2018:

1. ANUGERAH PEMIMPIN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR - AFIFAH BINTI ABDUL SHUKOR (UIAM)

2. ANUGERAH PEMIMPIN KOLEJ KEDIAMAN - MOHD ASWAN MOHD AMIN (UniSZA)

3. ANUGERAH PEMIMPIN FAKULTI/PERSATUAN/KELAB - AMIR FIRDAUS EDDY ROSYADIE (UM)

4. ANUGERAH PEMIMPIN BADAN BERUNIFORM - NUR NAJJAH ABD MANAS (USM)

5. ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM KEUSAHAWANAN - MUHAMMAD ZIYAD MOHD YAZID (UniSZA)

6. ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM KEBUDAYAAN - JERRY YACOB (USM)

7. ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI - MUHAMMAD NURFIQRI MOHD HAJAR (UniMAP)

8. ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM SUKAN - MUHAMMAD SYAFIK RAHMAT (UTM)

9. ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM PENGUCAPAN AWAM - NUR ADIBAH AHMAD ZAMRI (UPSI)

10. ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM WACANA INTELEK - ABDUL KADIR SHAH SAHIBUDEEN (UM)

11. ANUGERAH PEMIMPIN PELAJAR ANTARABANGSA - ADITYA HUTAMA ISWARDI (UPM)

12. ANUGERAH PEMIMPIN SUKARELAWAN (KESEJAHTERAAN KOMUNITI) - MOHD HAFFIS TEH (UKM)

13. ANUGERAH PEMIMPIN SUKARELAWAN (ALAM SEKITAR) - TAN CHUN TAT (UKM)

14. ANUGERAH PEMIMPIN SUKARELAWAN (TERBUKA) - MUHAMMAD IRSYAD ZAINI (UM)

15. ANUGERAH PASUKAN SUKARELAWAN TERBAIK - UMISSION CLUB (KETUA PASUKAN SITI KHADIJAH KHOSIM) (UIAM)

Anugerah bagi kategori-kategori lain turut disampaikan oleh YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan dan YBhg Dato' Kamel Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPM.

Turut hadir pada majlis malam tadi, YBhg. Datin Paduka Ir. Dr Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, KPM; Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, KPM, YBhg. Profesor Dato' Ts Dr. Mohd Ismail Abd Aziz serta kepimpinan institusi pendidikan tinggi awam dan swasta.

 

(UKK 30 Mac 2019)

 

  • Hits: 2219
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 19 Oktober 2019, 13:21.