Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan rangkaian televisyen, Al- Jazeera Media Network memeterai kerjasama
YB Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata kerjasama itu akan membuka 100 peluang latihan untuk pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM dalam bidang perfileman ( filem dokumentari), kewartawanan penyiasatan, kewartawanan data, pelaporan TV dan kewartawanan mudah alih.
Selain itu, lima orang pelajar juga berpeluang menjalani latihan praktikal di Doha, Qatar.
" Visi kami adalah untuk melahirkan graduan yang bersemangat, bercita-cita tinggi, dan berdaya saing - di dalam dan luar negara. Saya bercita-cita untuk melihat masa depan di mana pelajar kita akan mendapat pekerjaan di organisasi media antarabangsa yang terkenal seperti Al Jazeera," Ujarnya dalam majlis itu.
Turut hadir, Dr Mostefa Souag, Pemangku Ketua Pengarah Al Jazeera Media Network.
- Hits: 3326