Tinjauan Persiapan Pembukaan Semula Sekolah Di SMK Seri Serdang Oleh KPPM

Petikan dari laman Facebook YBrs. Dr. Habibah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

"Hari ini saya mengambil peluang untuk meninjau persiapan pembukaan semula sekolah di SMK Seri Serdang, Selangor.

Susulan daripada pelancaran Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah pada 4 Jun 2020 dan diikuti oleh pengumuman tarikh pembukaan sekolah oleh YB Menteri Kanan Pendidikan, sekolah-sekolah telah memulakan persediaan rapi bagi memastikan keselamatan murid dan warga sekolah terjamin.

Syabas warga SMK Seri Serdang. Insya Allah saya akan meluangkan lebih masa untuk meninjau persediaan sekolah-sekolah lain dalam masa yang akan datang."

11 Jun 2020

  • Hits: 3401

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 04 Oktober 2023, 15:35.