SMK Geting, Tumpat Terima Lawatan YB Timbalan Menteri Pendidikan

YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan meluangkan masa mengadakan lawatan ke SMK Geting, Tumpat, Kelantan bertujuan bagi meninjau projek pembinaan semula dan menaik taraf sekolah daif 2019.

Secara keseluruhannya, sekolah ini terdiri daripada 1025 orang pelajar dan 103 orang guru.

Skop pembangunan projek antaranya merangkumi pembinaan tujuh (7) buah bilik darjah, satu (1) buah bilik guru Type B, satu (1) bangunan tandas Type B, menara tangki dan menggantikan garaj kereta sedia ada serta menyediakan laluan berbumbung dan longkang. Kos keseluruhan pembinaan projek adalah bernilai RM 2.2 juta.

YB Puan Teo Nie Ching juga menyerahkan replika kunci bangunan kepada YBrs. Encik Abu Hanipah @ Fauzi bin Zahari, Pengarah JPN Kelantan.

Projek ini telah siap sepenuhnya dan telah diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan pada 23 Januari 2020.

(UKK 2 Februari 2020) 
 
  • Hits: 4363

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 29 September 2023, 15:09.