Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP) Galak Pelajar Menabung

Inisiatif Bank Simpanan Nasional (BSN) mewujudkan Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP) disambut baik oleh YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan.
 
Menurut beliau, inisiatif itu dapat menyemarakkan lagi usaha kerajaan yang mahu melahirkan masyarakat Malaysia yang celik kewangan.
 
"Di sebalik menabung, anak-anak akan belajar banyak perkara antaranya disiplin diri, komitmen, sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri, bersederhana, yang diperolehi menerusi rutin menabung," katanya.
 
YB Dr. Maszlee berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Skim Galakan Simpanan Pelajar 2019 dekat Putrajaya, hari ini.
 
Hadir sama, Ketua Eksekutif BSN, YBhg. Datuk Yunos Abd Ghani dan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, YBrs. Encik Zainal Abad.
 
Sebanyak 8,073 buah sekolah atau 79 peratus daripada 10,180 buah sekolah di negara ini telah memulakan tabungan sama ada menerusi program SGSP mahupun program-program celik kewangan lain yang dilaksanakan oleh BSN.
 
 
 
(UKK 28 Mac 2019)
  • Hits: 4618

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 22 September 2023, 15:47.