Seuntai Kasih, Setulus Budi

5 April 2021 (Isnin) telah berlangsungnya satu majlis Seuntai Kasih, Setulis Budi yang meraikan YBhg. Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) sempena persaraan wajib pada 6 April 2021. Dalam ucapan penghargaan YB Datuk Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan Malaysia menyifatkan Dr. Habibah sebagai seorang yang komited dan berdedikasi serta bersungguh dalam melaksanakan tanggungjawab sehingga ke hari akhir perkhidmatan beliau.

Dr. Habibah Abdul Rahim memegang jawatan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia selama setahun dua bulan bermula pada 10 Januari 2020. 
 
Majlis Menandatangani Nota Serah Tugas dan Clock Out beliau telah diadakan di Blok E8, Kompleks E, Putrajaya.
 
Terima kasih kerana sering memberi inspirasi buat kami. Selamat maju jaya dan semoga sentiasa diberikan kesihatan. All the best Cikgu Habibah!
 
 
 
  • Hits: 2809

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 29 November 2023, 10:39.