Seminar Transformasi ICT KPM - Memperkukuhkan Keupayaan Penyampaian ICT Untuk Menyokong Ekosistem Pendidikan
YBrs. Encik Mohamad Azhan Md Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini merasmikan Seminar Transformasi ICT peringkat KPM.
Dalam ucapannya beliau berkata, "menyedari kepentingan ICT dalam mendukung agenda mendepani pendidikan digital, KPM telah menjadikan ICT sebagai pengupaya kritikal bagi sistem penyampaian KPM."
Penganjuran seminar ICT ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman berkaitan peranan Pelan Transformasi ICT KPM dalam menentukan keupayaan dan persekitaran ICT KPM.
Turut hadir YBrs Ts. Maheran Ab. Rahman, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Maklumat KPM dan YBrs Puan Suriyani Omar, Timbalan Setiausaha Bahagian (Pengurusan Pelaksanaan ICT) Bahagian Pengurusan Maklumat KPM.
(UKK 24 April 2019)
- Hits: 3872