Sembang Santai Pembelajaran Abad Ke-21

Satu sesi perkongsian telah diadakan iaitu Sembang Santai Pembelajaran Abad Ke-21 menampilkan Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee bin Malik, Sasterawan Negara YBhg. Dato’ Seri (Dr.) A.Samad Said dan pengacara nombor satu negara, Datuk Hj. Aznil Hj. Nawawi yang juga merupakan Ikon Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) sebagai panel. Ketiga-tiga panel berkenaan membincangkan tujuan, halatuju dan harapan PAK21 berdasarkan perspektif dan kepakaran masing-masing.

Program ini bersempena penganjuran Karnival Apresiasi Pembelajaran Abad Ke-21 di SK Dato' Onn Jaafar, Simpang Renggam Johor yang diadakan sepanjang hari ini.

Selain program berkenaan, Karnival Apresiasi PAK-21 turut menyajikan program Speaking Nation yang dikelolakan oleh Yayasan Pesona dan Dekad Bahasa Kebangsaan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Selain itu lima aktiviti lain turut berlangsung iaitu Motivasi “Be No 1”, Bengkel Apresiasi PAK-21, Aktiviti Dalam Kelas, Dekad Bahasa dan Kuiz Bahasa. Aktiviti-aktiviti ini disertai oleh semua murid SK Dato’ Onn Jaafar dan juga murid terpilih dari 14 buah sekolah dalam daerah Simpang Renggam, Johor.

 
 
(UKK 20 Oktober 2019) 
 
  • Hits: 7555

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 29 Mei 2023, 13:43.